DIARI

Page Diari ni kena tengok tarikhnya, sebab turutan yang latest kena turun kebawah lagi/ last.. tq.

 

Diari 17 5 2011 ku...

oleh Prince Zal pada pada 17hb Mei 2011 pukul 11.46 ptg

Hari ini aku berjalan jauh meneliti setiap ceruk kedai dan pasaraya.
Apa yang dicari hanyalah sebentuk cincin yang hanya budjed ciput dalam poket aku ini.
Cincin yang aku mahukan itu hanyalah untuk diberi kepada org tersayang.
Walaupun hanya baru sekali jumpa, tetapi kasih dan sayangku terhadapnya telah membuat aku
sanggup mematahkan kakiku berjalan sejauh mata memandang... dari Pertama Komplex ker SOGO terus ke Campbell melihat
jam tangan untuk dihadiahkan... dari situ aku berjalan ke Plaza S... melihat kedai2 menjual barangan perkahwinan... didalam plaza itu aku melawat hampir semua kedai dan bertanyakan harga
, cuma bertanya sahaja supaya bila tiba masanya aku tidak akan menyusahkan sesiapa yg aku sayang untuk berjalan jauh.
BUkan kerana aku ego, tetapi kerana aku mempunyai 'pikio kenang' (memikirkan sesuatu).
Aku melihat kedai2 disana semuanya mempunyai barangan yg cantik2 dan sesuai... tapi alangkah hibanya bila harga2 disana hanya membuat kepala aku berpinar lalu hati pedih.
Cuma satu yang menjadi penawar aku apabila berada disana...
ramai aku lihat pasangan pakwe makwe membeli belah, mungkin atas tujuan walimatul-urus kut...
Bersemangat lah aku. lagi bersemangat bila aku teringatkan kekasih hatiku.
aku tidak dapat membeli... aku trus berjalan tuju ke arah mesjid india mencari dan mencari... kedai demi kedai
disinggah.
Sehingga ku singgah ke kedai buku... ku beli buku Tafsir Al-Quran + Buku tentang perkahwinan + BUku perintah kekeluargaan.
aku terus ke kedai lain dan beli sehelai baju yg hanya untuk dipakai bila berjumpa mentua... budjet ciput lagi... baju hanya berharga RM25.99 (tetapi besar maknanya).
Sambil berjalan aku terbayang aku berjalan bersama kekasih hati... aku terhenti dan bersandar di dinding merenung ke arah jalan raya. aku terus pulang ... Motor rosak di tengah jalan... hanya kesabaran membimbingku.
Melayang RM18.00 dikencing kedai pomen. kedai sebelah cuma ambil upah RM10 ringgit ajer, bertekak tidak berguna sebab sudah bayar.
Budjet ku melampaui kesempitan budjet... hanya rm0.80 sahaja tinggal didalam poket...
Hanya kesabaran yang tinggal didalam Hati ini... "Amat bersabar" kebahagiaan akan menjelang. Insyaallah.

Diari 22 /5 /2011

oleh Prince Zal pada pada 22hb Mei 2011 pukul 5.57 ptg
Hari ini adalah hari2 ku seperti biasa... kerja .... kerja...kerja... :)
Cuma yang bestnya bnyk 'ayat-ayat cinta' berlku hari ini.
Walaupun mata tak leh 'blah' hari ni... asyik nak tido tgahari jer...  aku tetap maintain melayan internet mencari bahan2 rujukan tentang majlisku kebesaran hidupku nanti.
Setiap saat terbayang.... setiap mesej merindu... setiap kata dikasihi... apapun aku masih 'cool' . wat hensem ckit.
Muka aku berserbai waktu petang akibat tido tgahari. :p
malam nir entah ler cam biasa g keje dan mengayat berkasih di sms yang paling aku bahagia membuatnya... bukan aper, yang terbaik pernah berlaku dlm hidupku mesti dijaga dan dikasihi... :) amin

diari 31 5 2011

oleh Prince Zal pada pada 31hb Mei 2011 pukul 11.38 pagi

 Hari ini aku menulis semula setelah melangkau2 hari yang lalu ...setiap hari tidak terlepas dari kejadian sedih yg berlaku pd hari-hari yang lepas.Entahlah pada hari esok tidak diketahui lagi.  Walaupun sedih tetapi aku masih maintain dlm hadapi semuanya. Tidak dpt ku menyangka sesuatu yang aku mahukan tidak akan diperolehi dengan mudah.
aku bersyukur pada tuhan kerana memberi petunjuk dan hidayahnya supaya aku meneruskan usaha dalam meningkatkan cara hidup aku seterusnya memberi kepercayaan dan keyakinan orang lain dalam menerima cara penghidupan aku yang serba kekurangan buat masa ini.
Aku dapat rasakan aku semakin jauh dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku untuk memperbaiki kehidupan ini.
Dirasakan kecil diri bila ada orang memandang rendah kebolehan aku untuk membeli sehelai kain kecil menutup hidung.
Walaupun begitu ini ku anggap satu cabaran dan dugaan supaya aku lebih menghadapi sistem hidup diatas dunia ini supaya aku lebih bersedia menghadapi hidup di alam seterusnya.
Aku cuma berjalan kaki pada masanya,... aku cuma membonceng motorsikal kadangkala, aku tidak berkemampuan kepada yang terlebih... aku cuma bergaya pada masanya... tidak ku tahan diremehkan... tidak ku sanggup dilipatkan dan direnyukkan. Mengada cuma satu alasan... mencatu hanya membawa kekurusan, mendiam hanya membawa penindasan, membingit hanya membawa kerosakan. Serba tak kena bila difikirkan,'pecah tempurung bila dilanggar'. Apakan daya hanya insan biasa... melihat insan lain bertaraf Major... Aku hanya Prebet di pintu Pos dipandang tidak dijeling jauh sekali. ... Kadangkala ditabahkan hati dikeraskan jiwa...
Air sekampit peneman kepanasan, kerusi malas perehat batiniah. Ibarat pokok dan batu tidak kemana... jangan mengharap sungai bertukar menjadi laut.
Banyak sangat seksa dihati, apakan daya dikuatkan juga.
Inilah nasib bg insan yang bergelar 'JAGA'.


Diari 1 / jun / 2011

oleh Prince Zal pada pada 01hb Jun 2011 pukul 1.25 ptg
 Satu permulaan di bulan baru.. :)
Pagi2 lagi aku dah berjaya menarik perhatian bos di sebuah Bank selepas beberapa hari membuang masa 'repeat'  appointment yg tak berapa menjadi sebelum ini. Hari ini aku berjaya menyelesaikan masalah Perbankkan untuk Projek aku yg aku impikan untuk berjaya dalam berniaga.
Lepas setle tadi, nafasku dan langkahku menjadi ringan... singgah sebentar di kedai makan layan teh o suam kurang manis dan karipap 'kureng power' 2 biji. Fikiranku melayang membayangkan selepas ini aku tidak perlu risau tekanan bekerja dibawah orang lain lagi, menunggu cukup 25 haribulan jer gaji... boring ler pulak.
:)   lepas nir aku cuma buka akaun jer ...'anytime aku nyer gaji boleh set bila2 masa yg aku suka' . Cuma hati2 bila bab berbelanja lepas nir... gaji2 juga tapi harta dan aset kena 'controlling' supaya kesinambungan aset dan harta ini menjadi kompetitif dan berdaya maju.
Cuma tinggal sebahagian lagi untuk urusan kerajaan lak... :) . tgu... untuk urusan lain aku rasa hari ini macam biasa pergi kerja syif mlm...
Maintain... takper kerja-kerja gak kat situ (makan Gaji)... tapi bisnes tetap jalan...:) Baru ler org kata Jaminan kelangsungan poket tetap hidup dan tidak putus atau kureng.
ada moto baru hari nir ... "2 POKET 2 BAJU 2 MUKA 2 WANG 2 TUNAI MARI BERBAHAGIA". :)

Diari 3 jun 2011

oleh Prince Zal pada pada 03hb Jun 2011 pukul 5.15 ptg
 Hari ini aku menulis semula setelah beberapa hari kurang makan dan tidur. :(
Banyak yang telah aku laluidalam minggu nir yang membuatkan aku lain 'macam'. :(
Perasaan bercampur-baur antara langit dan bumi.
Ibarat tiada lagi hari esok, aku menanti masa tiba ibarat 'kapal nak masuk dockyard'.
Tubuhku berserabai... jiwa berserabut.
TAPI ITU SEMUA SUDAH SELESAI SEMALAM.
Hari ini aku merasa tenang, tenang-setenang2nya. :)
Tidak disangka pengakhirannya begini... pemilihan kali ini tidak masuk akal.
Sepanjang hidup aku ini kali pertama terasa macam dalam filem dan drama lak... :p
Pelbagai perkara yang perlu dilakukan .
Jiwa dan batin mendapat ketenangan setelah dipulihkan.
Selepas ini aku akan mengembara lagi mencari erti sebenar hidup ini. :).
Mencari apa yang dapat menerima satu benda yang ada pada diriku seperti sedia-ada..
amin ...


Diari 13 / jun /2011
.....
Aku telah menyiapkan Blog ini Dengan Jayanya. Yang lain tu aku akan touch-up ckit2 nanti... Yes...


...............................................................................................................................................................

Diari 17 Julai 2011

Hari ini aku terasa gembira setelah bertemu dgn org yang bagus dalam waktu ini, mcm2 orang aku jumpa dalam 1 hari termasuk perniagaan dan peribadi. Cuma aku perlu berfikir sebaik mungkin apa yang terbaik untuk diriku. Susah aku nak berkata dlaam bulan nir banyak telah berlaku. Semuanya berlaku semalam.
Harap apa yang berlaku semalam menjadi satu titik noktah yang terbaik dalam hidup ini. Insyaallah.
Cuma hari ini aku demam ckit dan selesema... harap sembuh la hendaknya..Insyaallah. Amin... Semoga esok adalah satu lagi hari yang berbahagia buat saya dan seluruh mukmin dan mukminin. amin..


.................................................................................................................................................................

Diari 20 / 7 / 2011

Hari ini aku banyak keluar duti... pening lak kepala nir... susah aku nak katakan 'bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah'. Sekarang nir aku cuma pegang pada kata2 hikmat nir ajer. Biarlah aku maju dengan cara mcm ini, lantaqklah org nak wat bisnes apa pun tapi aku tetap dengan bisnes aku iaitu Burger dan Air pasar malam. Aku telah beli banyak barang2 berniaga seperti Kanopi, Balang air, meja, bahan mentah dan mcm2 lagi. Harap2 perniagaan aku dapat maju dan berkembang. Takkan nak harap gaji bulan jer... mana cukup dengan gaji ciput jawatan rendah aku ni ... :(  . Yang penting bila aku kawin nanti aku mampu menanggung keluarga aku dengan selesa walaupun tak kaya tapi bahagia dan sederhana.
Aku tidak mahu orang kata aku nir seperti diawang-awangan... cukuplah sudah org berkata mcm2 pada aku dlu. Aku sudah cukup malu dan terasa kecil hati bila org lain memandang apa yang aku ada tapi tidak memandang pada kesungguhan, semangat dan kebertanggungjawapan yang ada pada diri aku yang org tidak mahu lihat. mungkin ini sifat orang sekarang nir, suka pada org yang makan gaji serta terjamin.

Nak jer aku kata....mana ada org yang terjamin zaman sekarang nir. Zaman sekarang nir klu kita tak berusaha jangan harap nak terjamin walaupun kita berjawatan tinggi  dalam kerajaan.

Susah klu tiada sokongan yang ikhlas dari org lain. Sekarang nir aku dalam ikhtiar semulajadi diri aku tanpa mengharap bantuan orang lain.

Bila aku dah terasa dan mengalami mcm2 semalam, aku sudah menjadi org yang amat berhati2 dalam membuat keputusan. Diharap Allah memberi petunjuk dan hidayah kedapa hambanya ini yang lemah dan mengharap keredoannya. Insyaallah. Amin... sekian.

....................................................................................................................................................................


Dairi 8/8/2011

Pening kepala ini bila aku memikirkan masalah datang bertalu-talu, cuma sebagai manusia aku redha menerima apa yang mendatangi dan akan cuba bersemangat lagi teguh demi kejayaan masa hadapan.
Buat masa ini aku tiada masa untuk membuang masa lagi... setiap saat dan waktu ini aku penuhkan dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan peluang kejayaan yang aku kaji dan ambil dengan percaturan dan iman ku kepada Qada dan Qadar 'kerana Allah semata-mata'. Moga sesuatu yang aku kerjakan diberkati. Insyaallah.